Seperti semua sedia maklum, pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang signifikan kepada pekerjaan dan mata pencarian rakyat, dengan kadar pengangguran telah meningkat sehingga 5.3 peratus pada Mei 2020. Sungguhpun ia kini telah menyederhana dengan kadar 4.6 peratus pada Ogos 2021, hampir 750 ribu saudara-saudari kita yang masih menganggur perlu dibantu.

unnamed (1)

Oleh itu, mengambil semangat konsep job guarantee, bagi tahun hadapan, Kerajaan di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (atau JaminKerja) akan menjamin penyediaan 600 ribu peluang pekerjaan dengan peruntukan berjumlah 4.8 bilion ringgit.

Kerajaan melalui PERKESO akan meneruskan usaha pengambilan pekerja melalui inisiatif insentif penggajian JaminKerja dengan sasaran 300 ribu orang dan peruntukan 2 bilion ringgit. Di bawah inisiatif ini, kepada majikan yang mengambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja, Kerajaan akan memberikan insentif sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 30 peratus bagi enam bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji 1,500 ringgit ke atas.

Selain itu, bagi menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan kepada kumpulan tumpuan seperti OKU, Orang Asli dan banduan pula, Kerajaan akan memberikan insentif sebanyak 30 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 40 peratus bagi enam bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji 1,200 ringgit ke atas. Bagi menggalakkan wanita kembali bekerja, insentif ini turut dipanjangkan kepada majikan yang menggaji golongan wanita tidak bekerja melebihi 365 hari, ibu tunggal dan suri rumah.

Dalam usaha merangsang pemulihan ekonomi dan meningkatkan mata pencarian, PERKESO menyediakan inisiatif JaminKerja – Insentif Penggajian untuk menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan bagi membantu Keluarga Malaysia, terutamanya golongan rentan dan yang tidak aktif bekerja.

PERMOHONAN JAMINKERJA PERKESO 2022

Insentif tersebut turut dipanjangkan kepada majikan yang menggaji golongan wanita tidak bekerja melebihi 365 hari, ibu tunggal dan suri rumah sebagai usaha menggalakkan wanita kembali bekerja.

Permohonan bagi Program JaminKerja – Insentif Penggajian telah dibuka mulai 17 Januari 2022.

Program ini menyediakan insentif kewangan kepada para majikan yang membuat pengambilan pekerja baharu dalam kalangan kumpulan sasaran mulai 1 Januari 2022 dengan insentif maksima sehingga RM36,000 bagi setiap pekerja.

Mohon sekarang di https://jaminkerja.perkeso.gov.my.

Reference: https://semakanstatus.com/jaminkerja/